Monday, July 20, 2009

Jalan-jalan Pavilion KL dan Cocoa boutique

Baru-baru ni saya dan suami jalan2 KL untuk survey coklat di KL.. (ade mission sebenarnya).. tempat yg kami pergi adalah Pavilion KL dan Cocoa Boutique,

Di Pavilion ade beberapa kedai coklat di sana rupanya.. pertama yang kami gi adalah


Kedai GODIVA


















Coklat diatas harganya adalah RM69.90 per 100gm... huhu hampir RM7 per biji.. ehe pengsan dgr harga dia...
Harga coklat ini adalah RM285!!!!!!!!... (Untuk 24 pcs sahaja..)

Coklat ini sebenarnya datang direct di Belgium... mereka hanya menjualnya di sini. Saleman tu suruh la saya beli ade diskaun 50% katanya... huhu tak mampu kami nk beli..

Thursday, July 16, 2009

Badam Bagus untuk ibu mengandung!!

Assalamu'alaikum...

Di Tasneem Coklat kami hampir 80% coklat kami berinti badam. Terutamanya untuk coklat bar. Setakat ini perisa yang ada hanyalah badam sahaja...

Di sini saya masukkan artikel "Mengapa Yahudi Bijak"

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak. (ITU SBB SAYA LETAKKAN SUDOKU YANG TEPI BLOG NI>> EHE)

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

** i'm pregnant now.. dah masuk 7 bulan.. mohon doa semua... :)